Friday, November 28, 2008

KEUJUDAN - IKM SIK KEDAH

Agak sibuk juga dalam beberapa minggu ini. Tapi sempat juga menziarahi saudara ipar yang berada di Sik Kedah. Walaupun hanya satu malam menginap di rumah mereka terasa kemesraan dan keramahan keluarga ini.
Pemandangan selepas subuh


Yang paling tidak dapat dilupakan ialah dingin malam dan kabus pagi yang menjadikan suasana keliling kediaman begitu suci dari pencemaran. Tersentuh jiwa yang lama tidak merasai suasana sebegini di bumi Tuhan yang indah ini. Syahdu dan tenang perasaan.....




Persekitaran tersergamnya bangunan Institut Kemahiran MARA Sik dan juga kediaman staf memang indah dan mempunyai susunatur keseluruhan yang strategik dan menarik.

InsyaAllah ada kelapangan ingin sekali lagi menjejakkan kaki di hamparan itu untuk menghayati keujudan Nya......

Shah dan Jan, MakNdak nak pi umah lagi leh?