Sekuntum Bunga Pisang dihadiahkan untuk diri sendiri..............
Sunday, October 21, 2012
Tuesday, July 24, 2012
Singgah-singgah.....
Abah dan Mama lama tak jalan-jalan sambil mengambil cuti rehat dari semua tugasan harian.... Kami bergerak tiga hari sebelum menjelang puasa dengan matlamat untuk ke BK3 sebagai destinasi terakhir.
Bermula awal pagi terus keluar dari bandarAlor Setar melalui jalan lama yang amat menjemukan dan jalan yang masih dalam pembinaan selepas dari Pokok Sena. Singgah di Nami bertemu dengan PakSu Azhar, yang tinggal di bungalo WaDin, yang sedang bersarapan pagi sebelum pergi menoreh... santai nya kan....?
Teruskan perjalanan meredah debu dan percikan cahaya suria pagi ke Baling, terus ke Grik, Perak. Melalui hutan getah dan yang belum tersentuh Hutan Simpan Belum.
Intai-intai pula di Belum Resort
Meredah Belum dan terus kepuncak menikmati barisan Banjaran Titiwangsa yang amat saujana. Dingin...
Perjalanan seterusnya tiada yang dapat menarik perhatian Mama untuk dirakamkan. Meredah barisan rumah2 yang agak usang dan serabut mata ini memandangnya. Kami menginap di Kota Baru di Hotel yang
sederhana mengikut keperluan kami kerana Abah agak letih.
Selepas sekita berihat dan solat kami ke Pantai Cahaya Bulan untuk menghirup udara petang. Tapi cuaca amat tidak mengizinkan. Tapi dapat juga minum Nescafe panas dan menyicah solok beberapa cucuk bersama deruan angin dan hujan ribut.....
Keesokan hari kami bersarapan dan terus kearah Terengganu.
Singgah di beberapa gerai yang menjual pelbagai kraftangan dan keropok dan ikan kering.... beli sedikit untuk dibuat oleh-oleh. Mama amat teruja melihat susunatur kampong di sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu....sampaikan ada terkeluar ayat .....
"kalau kita dapat tinggal di sini pun okay juga" alahai!!!!
Paling menarik deretan masjid yang amat indah sentuhan baru dan lama tidak terkecuali.
Tidak ketinggalan, kami singgah di hentian Tasik Kenyir.....
Subhanallah.....Maha Agung Yang Mecipta Langit dan Bumi
Sayu hati meninggalkan Terengganu yang indah....... menuju ke Kuantan pada hari yang kelam dan terus ke BK3 dimana anak-anak sedang menunggu..... Alhamdulillah, perjalanan yang di lindungi Nya......
Hari-hari berikut tak perlu dirakamkan disini.....
SHOPPING di KL!!!!! : D
Selamat berPuasa.
Selamat berPuasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)