Sunday, December 28, 2008

PENGHUJUNG DAN AWAL

Tidak terasa semua berjalan dengan cepat. Tapi cepat perjalanan masa meniti hari berlalu adakah sama dengan lajunya perjalanan hidup ini.... Tidak rasanya. Banyak yang tertinggal dan tercicir demi mengejar kahidupan harian! Dalam kalut, dalam bersesak, dalam berlari-lari, dalam merangkak dan banyak lagi fasa-fasa kehidupan yang telah pergi tidak banyak pula yang memberi pulangan lumayan.

Entah apa yang tercari sehingga perginya masa berharga berlalu begitu saja dan pasti ia tidak akan kembali. Seumpama usia. Bertambah pada awal tahun dan manjadi tipis dipenghujung pada kadar kiraan. Itulah yang kita tahu. Tapi pengisiannya kita tidak ingin tahu.

Anak-anak meniti hidup dengan peralihan agak drastik. Yang belajar telah bekerja. Yang di sekolah telah ke pusat pengajian tinggi..... itulah sebahagian dari fasa kehidupan kamu sekarang. Abah dan mama telah agak penat untuk mengejar kamu semua dan langkah kami makin perlahan.

Carilah penghujung masing-masing.... carilah yang putih dan yang ada cahaya.

Awal Muharram akan bermula . Doa penutup dibaca dan doa pembuka hijrah di lafazkan....

Di awalan inilah tekad dan keazaman disemai sebelum akhirnya ia juga penjadi penghujung...........!

Saturday, December 13, 2008

LIHAT DISEKELILING

Apalah yang kita kejarkan sehingga kita kadang-kadang alpa dan lupa keujudan Nya?Ternyata selalu soalan itu kita tidak mampu menjawap atau kita letakkan disebelah, dengan harapan ia nya tidak perlu dijawap atau malas nak fikir.....Bukan apa, lihat sekeliling dan kemalangan yang menimpa, bencana alam dan yang paling simple di KL hujan sepanjang hari... terlepas pandangkah kita akan semua itu!
Pandangan dari BK3. Basah sepanjang hari

Baru balik dari beraya di BK3 bersama anak-anak. Mereka tak dapat cuti jadi Mama dan Abah lah yang kena pergi sana. Tak banyak yang dapat dibuat. Tak bolih jadi ni, kalao tak ada mesin jahit, boleh bingung atau bengong nanti. Takpe nanti balik A.Setar nak antar repair mesin yang uzur tu, boleh bawak ke BK3.
Dalam diam-diam dapat juga siapkan beberapa buah beg yang berjahit tangan 100%. Wah, jenuh juga!
Projek terkini

Juadah AidilAdha. Simple saja.......... Cucu Ummi

Friday, November 28, 2008

KEUJUDAN - IKM SIK KEDAH

Agak sibuk juga dalam beberapa minggu ini. Tapi sempat juga menziarahi saudara ipar yang berada di Sik Kedah. Walaupun hanya satu malam menginap di rumah mereka terasa kemesraan dan keramahan keluarga ini.
Pemandangan selepas subuh


Yang paling tidak dapat dilupakan ialah dingin malam dan kabus pagi yang menjadikan suasana keliling kediaman begitu suci dari pencemaran. Tersentuh jiwa yang lama tidak merasai suasana sebegini di bumi Tuhan yang indah ini. Syahdu dan tenang perasaan.....




Persekitaran tersergamnya bangunan Institut Kemahiran MARA Sik dan juga kediaman staf memang indah dan mempunyai susunatur keseluruhan yang strategik dan menarik.

InsyaAllah ada kelapangan ingin sekali lagi menjejakkan kaki di hamparan itu untuk menghayati keujudan Nya......

Shah dan Jan, MakNdak nak pi umah lagi leh?

Friday, October 31, 2008

DALAM KEKALUTAN


Latest project - belum siap
Minggu lepas ke KL, Boy nak ambil final exam untuk semester ni. Memang sibuk sangat kerana kena hantar Boy ke Kolej (sehingga Boy rasa bolih pergi sendiri dari fobia kemalangan hari tu). Walau pun tak jauh tapi dengan kekalutan pagi dijalan sementara nak sampai ke area Kelana Jaya tu memang membosankan.

Dalam kalut tu pun sempat juga grab satu fresh project. One of my favourite - hexagon(kena jahit tangan semua) - apa tak nye kat BK3 tak ada mesin jahit. Walaupun project ini memang bolih disiapkan dalam masa singkat tapi banyak buang masa pergi ke tempat-tempat shopping dan yang selebihnya tidor. Paling best sekali sempat pergi ke fleamarket di Stadium Shah Alam. Walau pun apa yang di cari tak ada tapi puas hati juga dapat jamu mata dan .....penat.

Sembilan hari di BK3 kena balik ke A.Setar lah pulak. Kesian suami kena tinggal lama......... Drive sorang-sorang pulak tu. Nak harapkan Nia, dia asyik dengar lagu lepas tu tidur.

Kalut pula berkemas dirumah yang 'telah' berhabuk. Lepas tu nak membuat persiapan musim cuti seko lah. Selalunya waktu cuti hujung tahun ramai juga kanak-kanak belajar menjahit. Tengoklah kalau sempat luang kan waktu dengan mereka, sebab ada beberapa tempahan yang harus disudahkan selain projek yang lama tertunda.

Nah dah siap pun wallhanging untuk di gantung dirumah kami di BK3 tu.........

Friday, October 17, 2008

RAYA DI HOSPITAL








Berkeluarga sejak 25 tahun dahulu bersama suami Hj ShahbaniShafei.

Apa yang lebih membanggakan selain dari sebuah keluarga yang bahagia bersama anak-anak yang telah dewasa. Walaupun adakalanya kekalutan masing-masing mengejar tujuarah yang sewajarnya, namun hari lebaran di menfaatkan untuk berkumpul bersama.

Anak gadis kami Siti Dania (Nia) dan Siti Darlina (Lin) dan satu-satunya pewaris Muhd Sulhi (Boy), mereka adalah permatahati kami yang kami banggakan........... Aaaaaaminnnnnn!!!

Tahun ini kami di duga sedikit untuk menguji kesabaran......Boy mendapat kemalangan tiga hari sebelum lebaran. Alhamdulillah cuma mengalami luka yang agak dalam dan mendapat tiga puluh enam jahitan dan bermalam di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Berayalah kami di hospital......

Monday, October 13, 2008

HALAMAN MENJAHIT

Sewing corner @ A.Setar and some of fabrics collection












Little working space@KL
Banyak mana masa yang di peruntukkan membuat kerja-kerja dirumah tidak akan ada kesudahannya walau pun di kira dengan apa jua peralatan. Tiada penghujung nya.

Masa untuk diri sendiri amat diperlukan untuk memotivasikan diri....

Lapan hingga sembilan jam adalah wajib bagi memenuhi target....... sama seperti waktu kita bertugas dipejabat dahulu. Disiplinkan diri, itu yang penting.

Selepas membereskan rutin harian, dengan secawan Nescafe panas saya akan masuk pejabat comel saya seawal tujuh pagi [kalau tidak pergi beriadah] samada menyambung kerjakerja jahitan atau projek yang belum siap.

Pada jam yang berikutnya jika ada student yang membuat temu janji, mulakan persiapan untuk kelas sulaman atau patchwork sesempurna yang bolih. Selalunya kelas mengambil masa dua hingga tiga jam bagi seorang student.

Hidangan tengahari tidak perlu disediakan kerana suami bertugas diPenang. Tiap-tiap hari berulangalik Alor Setar-Penang. Mencari rezki. Bagi saya apa yang ada, saya jamah untuk mengisi perut. Selalunya saya lebih gemar makan bun atau roti sahaja. Wajib menyediakan hidangan selengkapnya untuk dinner bersama suami. Masak le jawabnya.......walau pun!

Atas dasar minat atau pun passionate yang teramat pada apa yang dilakukan saya memang tidak akan merasa jemu berjam-jam duduk diworking table menghadap projek. Apatah lagi kalau sesuatu projek baru yang belum pernah dicuba.

Begitulah rutin harian yang penuh dengan keghairahan menyudahkan apa yang dimulakan...... nak cepat nampak hasilnya.
Students @ work

Saturday, October 11, 2008

DIRI INI

Terpanggil untuk memenuhi ruangan ini sebagai menyambut cabaran dan mengikut aliran arus terkini

Pengenalan yang dapat dicatatkan mengenai saya serba sedikit

Surirumah sepenuh masa setelah meletakkan jawatan terakhir kira-kira lapan tahun dahulu. Bertugas dengan pihak swasta memang sangat mencabar dan ada waktu nya tiada masa untuk bersama keluarga apatah lagi untuk diri sendiri.

Mengambil masa yang agak lama juga bagi membulatkan tekat untuk berhenti bekerja dan membawa anak-anak mengikut suami bertugas di KL.

Setelah membina semula keyakinan diri dan tercari apa yang harus dilakukan untuk mengisi masa yang terlalu berharga dengan sepenuhnya saya bertekat untuk mengutip semula hasil kerjatangan yang saya sorokkan dibawah katil/dalam almari/kotak yang penuh habuk untuk saya persudahkan.....

Akhirnya sebahagian dari abandon projects yang telah menampakkan hasil (tersadai selama lebih kurang 15 tahun) telah membentuk sedikit demi sedikit dan inilah hasilnya


takde lah hebat sangat tapi final product adalah seperti yang di jangkakan dan ini adalah hadiah istimewa untuk SUAMI tercinta......1st QUEENSIZE QUILT
  • dari PROJECT ini bermulalah satu evolusi yang sehingga kini menjadi inspirasi untuk terus memajukan diri dan melangkah lebih jauh........... MY DIVERSION