Friday, October 31, 2008

DALAM KEKALUTAN


Latest project - belum siap
Minggu lepas ke KL, Boy nak ambil final exam untuk semester ni. Memang sibuk sangat kerana kena hantar Boy ke Kolej (sehingga Boy rasa bolih pergi sendiri dari fobia kemalangan hari tu). Walau pun tak jauh tapi dengan kekalutan pagi dijalan sementara nak sampai ke area Kelana Jaya tu memang membosankan.

Dalam kalut tu pun sempat juga grab satu fresh project. One of my favourite - hexagon(kena jahit tangan semua) - apa tak nye kat BK3 tak ada mesin jahit. Walaupun project ini memang bolih disiapkan dalam masa singkat tapi banyak buang masa pergi ke tempat-tempat shopping dan yang selebihnya tidor. Paling best sekali sempat pergi ke fleamarket di Stadium Shah Alam. Walau pun apa yang di cari tak ada tapi puas hati juga dapat jamu mata dan .....penat.

Sembilan hari di BK3 kena balik ke A.Setar lah pulak. Kesian suami kena tinggal lama......... Drive sorang-sorang pulak tu. Nak harapkan Nia, dia asyik dengar lagu lepas tu tidur.

Kalut pula berkemas dirumah yang 'telah' berhabuk. Lepas tu nak membuat persiapan musim cuti seko lah. Selalunya waktu cuti hujung tahun ramai juga kanak-kanak belajar menjahit. Tengoklah kalau sempat luang kan waktu dengan mereka, sebab ada beberapa tempahan yang harus disudahkan selain projek yang lama tertunda.

Nah dah siap pun wallhanging untuk di gantung dirumah kami di BK3 tu.........

Friday, October 17, 2008

RAYA DI HOSPITAL








Berkeluarga sejak 25 tahun dahulu bersama suami Hj ShahbaniShafei.

Apa yang lebih membanggakan selain dari sebuah keluarga yang bahagia bersama anak-anak yang telah dewasa. Walaupun adakalanya kekalutan masing-masing mengejar tujuarah yang sewajarnya, namun hari lebaran di menfaatkan untuk berkumpul bersama.

Anak gadis kami Siti Dania (Nia) dan Siti Darlina (Lin) dan satu-satunya pewaris Muhd Sulhi (Boy), mereka adalah permatahati kami yang kami banggakan........... Aaaaaaminnnnnn!!!

Tahun ini kami di duga sedikit untuk menguji kesabaran......Boy mendapat kemalangan tiga hari sebelum lebaran. Alhamdulillah cuma mengalami luka yang agak dalam dan mendapat tiga puluh enam jahitan dan bermalam di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Berayalah kami di hospital......

Monday, October 13, 2008

HALAMAN MENJAHIT

Sewing corner @ A.Setar and some of fabrics collection












Little working space@KL
Banyak mana masa yang di peruntukkan membuat kerja-kerja dirumah tidak akan ada kesudahannya walau pun di kira dengan apa jua peralatan. Tiada penghujung nya.

Masa untuk diri sendiri amat diperlukan untuk memotivasikan diri....

Lapan hingga sembilan jam adalah wajib bagi memenuhi target....... sama seperti waktu kita bertugas dipejabat dahulu. Disiplinkan diri, itu yang penting.

Selepas membereskan rutin harian, dengan secawan Nescafe panas saya akan masuk pejabat comel saya seawal tujuh pagi [kalau tidak pergi beriadah] samada menyambung kerjakerja jahitan atau projek yang belum siap.

Pada jam yang berikutnya jika ada student yang membuat temu janji, mulakan persiapan untuk kelas sulaman atau patchwork sesempurna yang bolih. Selalunya kelas mengambil masa dua hingga tiga jam bagi seorang student.

Hidangan tengahari tidak perlu disediakan kerana suami bertugas diPenang. Tiap-tiap hari berulangalik Alor Setar-Penang. Mencari rezki. Bagi saya apa yang ada, saya jamah untuk mengisi perut. Selalunya saya lebih gemar makan bun atau roti sahaja. Wajib menyediakan hidangan selengkapnya untuk dinner bersama suami. Masak le jawabnya.......walau pun!

Atas dasar minat atau pun passionate yang teramat pada apa yang dilakukan saya memang tidak akan merasa jemu berjam-jam duduk diworking table menghadap projek. Apatah lagi kalau sesuatu projek baru yang belum pernah dicuba.

Begitulah rutin harian yang penuh dengan keghairahan menyudahkan apa yang dimulakan...... nak cepat nampak hasilnya.
Students @ work

Saturday, October 11, 2008

DIRI INI

Terpanggil untuk memenuhi ruangan ini sebagai menyambut cabaran dan mengikut aliran arus terkini

Pengenalan yang dapat dicatatkan mengenai saya serba sedikit

Surirumah sepenuh masa setelah meletakkan jawatan terakhir kira-kira lapan tahun dahulu. Bertugas dengan pihak swasta memang sangat mencabar dan ada waktu nya tiada masa untuk bersama keluarga apatah lagi untuk diri sendiri.

Mengambil masa yang agak lama juga bagi membulatkan tekat untuk berhenti bekerja dan membawa anak-anak mengikut suami bertugas di KL.

Setelah membina semula keyakinan diri dan tercari apa yang harus dilakukan untuk mengisi masa yang terlalu berharga dengan sepenuhnya saya bertekat untuk mengutip semula hasil kerjatangan yang saya sorokkan dibawah katil/dalam almari/kotak yang penuh habuk untuk saya persudahkan.....

Akhirnya sebahagian dari abandon projects yang telah menampakkan hasil (tersadai selama lebih kurang 15 tahun) telah membentuk sedikit demi sedikit dan inilah hasilnya


takde lah hebat sangat tapi final product adalah seperti yang di jangkakan dan ini adalah hadiah istimewa untuk SUAMI tercinta......1st QUEENSIZE QUILT
  • dari PROJECT ini bermulalah satu evolusi yang sehingga kini menjadi inspirasi untuk terus memajukan diri dan melangkah lebih jauh........... MY DIVERSION