Thursday, November 4, 2010

Alor Setar banjir - Umah WAN

Banjir di Kedah memang telah tersebar luas dan dapat liputan seluruh media dan di dada akhbar. Mama nak rakamkan disini di rumah Wan kita di kilometer 9, Langgar......

Gambar bawah pada 2hb Nov 2010....... air mula naik masuk ke bahagian porch dan dapur.

Ni pada 3hb Nov, 2010 dah naik dengan lajunya.................

Pemandangan laluan ke Jalan Langgar dari umah Wan........depan tu bangunan MARA

Tengok tu............. Asma' dan adik2nya berkubang..............kalau mama tak sanggup!!!!!!!!!!!!!

Semalam abah bawa mama naik Pajero night-drive sekeliling Kota Setar yang rata2 air saja...... Kami redah air yang hampir 1 meter tinggi....ngeri juga....takut kereta mati engin..... jenuh nak tolak... hanya kenderaan berat saja yang di benar masuk......Maaf le tak dapat ambik gambar tak bawak kamera dan gelap sangat ....semua bekalan letrik telah terputus dan saluran air juga di tutup.................

Di rumah mama dah tak de air dua hari tapi letrik masih ada.... Alhamdulillah!

Monday, October 11, 2010

LIKU LIKU HIDUP........ menuntut kesabaran!

Liku-liku hidup yang selalunya terjurus kearah ketidak-adilan..........tapi siapalah kita yang menuntut keadilan yang tanpa 'apa-apa' ini.......... selanjutnya sila baca keratan akhbar......

14 bekas pelatih Kolej Tentera Udara didenda....dalam....... Utusan Online

Salah seorang diantara 14 yang tertuduh adalah anak saudara mama. Mama ikuti perkembangan dan berbual sendiri dengan beliau (anak saudara) dan mama hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali semasa perbicaraan.

Dan dalam satu perbicaraan tersebut mama telah mendengar sendiri Mohd. Hazim Ahmad Azman (disebut sebagai mangsa) membuat pertuduhan...... mendengar sendiri ayat-ayat nya dan melihat sendiri wajah nya ..... dan juga mama bertembung keluarga mangsa...... dan reaksi mereka terhadap semua ini!

Mama harap anak saudara mama itu bersabar menerima dugaan Allah ini.. Walau pun telah musnah cita-cita mereka dan harapan 14 kelurga masing-masing.... anggap semua ini akan ada kebaikan disebaliknya...... InsyaAllah!

Sunday, September 5, 2010

.... si kaki kiri!

Mama pernah bertanya pada seseorang............... kenapa kaki kiri selalu menjadi cepat lemah dari kaki kanan, terutama pada wanita. Jawapan yang DIA bagi simple saja..... sebab kaki kiri malas...!!!!

Terkedu mendengar jawapan yang di beri.... dan mama terfikir, jika diibaratkan kaki kiri pemalas tentu seseorang apabila berjalan dia akan menjadi tempang kerana sikiri yang pemalas tu MALAS nak bergerak........

Dan jika diumpamakan kaki kiri sebagai wanita/isteri bagaimana situasi nya pula pada si kaki kanan sebagai lelaki/suami........................????????????

Sunday, August 8, 2010

temujanji selanjutnya......

dah selamat kerongkong mama di jolok dengan benda teropong/kemera/endoskopi tu...... luka sikit sebab nampak darah keluar sikit selepas selesai........

tah lah. dr tu kata tak puas hati dengan kaedah endoskopi tu. dr dah buat appointment suruh pergi Hospital Sultanah Bahiyah pula untuk pemeriksaan selanjutnya.

kena buat ct sken pulak pada hari selasa 10hb ogos......... tak da masaalah. dah terbiasa dengan semua tu........ alah bisa tegal biasa.

P/S Appointment untuk ct scan pada 7hb Sept dan result pada 28hb Sept 2010.... mmmm!

Wednesday, August 4, 2010

ke klinik alor setar

kelmarin mama pergi ke klinik harian kerajaan untuk cek apa lah benda yang terlekat kat kerongkong mama yang sangat mengganggu kehidupan harian mama. telah hampir 2 bulan masih terasa sesuatu ada di situ sehingga kebelakangan ini rasa makin membesar.....doktor perempuan berbangsa India yang periksa mama sangat lah baiknya hingga hampir setengah jam soalselidik mama..... sejarah mula jadinya benda di tekak tu.

lepas tu mama kena buat x-ray....... dah siap antaq balik kat doktor tu.... tak ada apa pun cuma dia kata mama punya tulang tengkok tu dah haus banyak. dia syak mama banyak guna pergerakkan angguk-dongak bertahun2...... apa tak nya..... berpuluh tahun dok menghadap komputer..... pas tu dah berhenti kerja sebuk berblogging pulak......he he. sempat juga kami sembang pasal jahitan sebab mama yang ramah ni puji ornament kat baju dia tu cantik.....memang cantik pun! dia pun cerita sejarah mak dia paksa dia belajar menjahit selepas spm dulu........ lani dia dah jadi dr, mesti mak dia tak paksa menjahit kan????

dr tu scribbled apatah suruh mama balik dan datang lagi hari ni buat appointment untuk buat endoscopic..... alhamdulillah esok kena pergi hospital lagi............. pukul 8pagi on the dot kena buat dah..... malam ni mama puasa mula pukul 12malam....... puasa tak ada masaalah sebab kebelakangan ini pun mama dah tak berapa lalu makan....... tapi minum nescafe wajib!!!!!!!!!


Tuesday, July 27, 2010

RENOVATION UPDATE

telah hampir 2 bulan abah buat alteration rumah masih jauh dari siap...... mama runsing sangat.

tengok lah sebahagian yang masih banyak yang perlu di sudahkan......

kesian juga mama tengok abah buat sorang-sorang.
tapi mama juga banyak tempahan dan projek lain yang perlu diambil perhatian.....


tengok abah duduk melengong di atas bumbung porch. apa lah yang difikirkan yer...........!!





Monday, February 1, 2010

Diversion Abah

hari ini bermulalah perjalanan hidup abah dengan berpencen.... walaupun abah ada sebulan lagi untuk mencukupkan usia genap 55tahun.....apa abah nak buat yer! abah akan sibuk kesana sini dengan PAJERO kuning ini.... bayang-bayang abah!

yang pasti mama tak perlu bangun awal untuk drive abah ke bas terminal..... abah pun tak perlu berjalan mengheret kaki dan kain tuala kebilik air untuk bersiap2 ke tempat kerja selepas subuh.

tiada perancangan yang khusus untuk abah setakat ini..... dalam perbincangan memang banyak.... tapi kena buat yang perlu dulu ...... tak per benda2 macam ini abah amat bijak mengatur..... kena ada perancangan untuk menjana kewangan juga kan!

mama pula macamana yer..... jahitan berlambak nak buat ni.... jadual dah ada setakat bulan julai.... aduh.....social aktiviti bolih diundurkan sikit......tapi menjahit .....tolong.......