Wednesday, August 4, 2010

ke klinik alor setar

kelmarin mama pergi ke klinik harian kerajaan untuk cek apa lah benda yang terlekat kat kerongkong mama yang sangat mengganggu kehidupan harian mama. telah hampir 2 bulan masih terasa sesuatu ada di situ sehingga kebelakangan ini rasa makin membesar.....doktor perempuan berbangsa India yang periksa mama sangat lah baiknya hingga hampir setengah jam soalselidik mama..... sejarah mula jadinya benda di tekak tu.

lepas tu mama kena buat x-ray....... dah siap antaq balik kat doktor tu.... tak ada apa pun cuma dia kata mama punya tulang tengkok tu dah haus banyak. dia syak mama banyak guna pergerakkan angguk-dongak bertahun2...... apa tak nya..... berpuluh tahun dok menghadap komputer..... pas tu dah berhenti kerja sebuk berblogging pulak......he he. sempat juga kami sembang pasal jahitan sebab mama yang ramah ni puji ornament kat baju dia tu cantik.....memang cantik pun! dia pun cerita sejarah mak dia paksa dia belajar menjahit selepas spm dulu........ lani dia dah jadi dr, mesti mak dia tak paksa menjahit kan????

dr tu scribbled apatah suruh mama balik dan datang lagi hari ni buat appointment untuk buat endoscopic..... alhamdulillah esok kena pergi hospital lagi............. pukul 8pagi on the dot kena buat dah..... malam ni mama puasa mula pukul 12malam....... puasa tak ada masaalah sebab kebelakangan ini pun mama dah tak berapa lalu makan....... tapi minum nescafe wajib!!!!!!!!!


No comments: