Kelmarin pi ziarah Bangcik(PakNgah) dan MakNgah yang baru balik dari menunaikan Umrah. Kedua mereka nampak sihat sejahtera.
Dah terlajur keluar Abah bawa Mama pi balik Langgar. Dah lama tak pi sana. Adalah dalam tiga bulan lebih. Rindu kat MakUsu. Kami sembang banyak benda..... liku2 hidup dan persekolahan anak2. MakUsu pasrah dengan apa yang ada diseliling beliau, dan tenang sambil melihat anak2 nya membesar didepan mata.
Sekeliling rumah Wan, mama nampak seperti biasa.... rumah pusaka agak uzur dan tak bertukar warna catnya sejak dulu. Sejak mama menghamparkan kaki berhijrah kesitu, sejak bergelar isteri pada Abah..... Suasana agak suram... mungkin selepas hujan dan petang tu agak mendung.
Mama tertarik dengan pokok yang Mama lama sangat tak lihat. Pokok Markisa (Passion Fruit), ada di tepi rumah. Subur dan buah nya amat lebat. Mama suruh Ilah kutip beberapa biji untuk dikisar buat jus dan sedap diminum dengan sirap ros, untuk berbuka puasa sunat Rejab ini.
Teringat masa Mama kecil tinggal di Ipoh. Ada pokok markisa ini dihadapan rumah.... rimbun sangat dan bila berbuah, ia nya terjuntai kebawah. Suka main di dalam keredupan pokok yang menjalar ini..... macam masuk dalam gua hijau....... Semua nya tinggal kenangan!

No comments:
Post a Comment